awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamzah adakan taklimat reset politik petang ini

Sinar Harian
Sinar Harian
14/02/2026
04:50 MYT
Hamzah adakan taklimat reset politik petang ini
Hamzah. - Gambar fail/Sinar Harian
Selepas dipecat keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengadakan satu taklimat berkaitan hala tuju dan reset politik.
Menerusi jemputan kepada media, taklimat tersebut turut melibatkan beberapa ahli Parlimen, ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu.
Perjumpaan itu akan berlangsung di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur sekitar jam 2 petang pada Sabtu.
Pada masa sama, Bersatu turut mengadakan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bagi membincangkan agenda penting berkaitan hala tuju parti sekitar jam 10 pagi di kediaman Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Perkara itu dimaklumkan menerusi notis mesyuarat yang dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada malam Jumaat.
Difahamkan, antara agenda utama adalah untuk Muhyiddin memberikan penerangan berhubung perkembangan politik parti ketika Bersatu berdepan perhatian yang semakin memuncak.
Pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu mengumumkan pemecatan 17 ahli termasuk Timbalan Presiden, Hamzah.
Ahli Parlimen Larut itu dipecat hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Bersatu kerana tindakan Ahli Parlimen Larut tersebut melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.
Menurut Fasal 9.1.4, setiap ahli wajib mematuhi Perlembagaan parti serta Peraturan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli Parti. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Bersatu
#taklimat
#Muhyiddin Yasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan