awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Watikah pencalonan tidak akan ditandatangani jika cabang PKR lemah - Anwar
Enam terbunuh, dua cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan
IRGC dakwa jatuhkan lagi sebuah pesawat AS C-130 di Isfahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/02/2026
08:31 MYT
Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan
Prof Sivamurugan berkata, setakat ini tiada gerakan jelas atau konsensus dalam kalangan blok pembangkang untuk menggantikan Hamzah. - Gambar fail

Parlimen dijangka kembali bersidang Isnin ini dengan persoalan mengenai kedudukan Ketua Pembangkang berkemungkinan menjadi antara tumpuan utama.

Bagaimanapun, kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dipecat dari parti Bersatu, sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat ketika ini dilihat masih kekal dan belum menunjukkan sebarang usaha rasmi untuk menyingkir beliau, meskipun spekulasi mengenainya terus diperkatakan.

Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Sivamurugan Pandian berkata, setakat ini tiada gerakan jelas atau konsensus dalam kalangan blok pembangkang untuk menggantikan Hamzah.

“Tiada ‘move’ untuk menyingkir atau menggantikan beliau secara rasmi,” katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, meskipun perkara itu belum pernah berlaku dalam sejarah, Ahli Parlimen Bebas juga berpotensi dilantik sebagai Ketua Pembangkang, asalkan memperoleh sokongan majoriti dalam kalangan blok berkenaan tanpa mengira keanggotaan parti.

"Kedudukan itu hanya berubah sekiranya Perikatan Nasional mencapai kata sepakat untuk menukar kepimpinan," jelasnya.

Ahli Parlimen Larut itu pada sidang media selepas Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik, baru-baru ini memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan kepada Lembaga Disiplin berhubung pemecatannya sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, beliau kini merupakan Ahli Parlimen Bebas yang menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen Perikatan Nasional, iaitu 19 daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu.

Malah, Hamzah turut berteka-teki mengenai hala tuju politiknya dengan menyatakan beliau akan mempunyai 'rumah baharu', sama ada dalam bentuk penubuhan parti baharu atau kembali ke parti lama.

Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Bersatu
#Ketua Pembangkang
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan