awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melania Trump nafi dakwaan hubungan dengan Epstein, desak pendengaran Kongres
Konflik Asia Barat: Israel mahu adakan rundingan terus dengan Lubnan
Konflik Asia Barat: Delegasi Iran akan ke Pakistan untuk rundingan damai dengan AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/04/2026
07:18 MYT
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Asnida tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung siasatan SPRM. - Foto Bernama
Hanya seorang daripada empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang dilihat hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada Isnin.
Setakat pukul 3 petang, hanya Asnida Abdul Daim yang tampil memberi keterangan selepas tiba di Ibu Pejabat SPRM pada kira-kira 9.50 pagi.
Ketika ini proses merekod keterangan masih lagi berjalan.
Juga difahamkan peguam Asnida tidak dibenarkan masuk pada sesi itu.
Tiga lagi anak Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin masih belum kelihatan.
Pada 27 Februari lalu, dalam satu kenyaatan SPRM memaklumkan mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap empat anak Allahyarham Daim susulan kegagalan memberi maklum balas serta tidak mematuhi dua notis rasmi yang diserahkan sebelum ini.
Siasatan Op Godfather dijalankan mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
SPRM juga menjelaskan Notis Kesan Individu yang dikeluarkan pihaknya terhadap empat individu itu bukan satu bentuk hukuman atau senarai dikehendaki.
Sebaliknya kata SPRM, ia merupakan mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran individu untuk membantu siasatan.
Menurut SPRM, siasatan terhadap Allahyarham Daim dan keluarganya bermula selepas pendedahan Pandora Papers pada 2021 oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) yang mendakwa kewujudan syarikat dan aset luar pesisir yang dikaitkan dengan mereka serta sekutu perniagaan Allahyarham Daim.
Menurutnya, maklumat itu menjadi asas kepada risikan awal dan pembukaan kertas siasatan oleh SPRM pada 2023.
Sepanjang tempoh Jun 2023 hingga November 2023, SPRM menyerahkan notis-notis mengikut Seksyen 36(1)(a) dan 36(1)(b) Akta SPRM 2009 kepada Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan anak-anak mereka bagi tujuan pengisytiharan harta.
Topic Berkaitan
#Tun Daim Zainuddin
#beri keterangan
#SPRM
#Asnida Abdul Daim
#isytihar harta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan