awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya Selangor, Pulau Pinang warta keputusan pengharaman merokok

Bernama
Bernama
25/04/2017
23:00 MYT
Hanya Selangor, Pulau Pinang warta keputusan pengharaman merokok
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mac 1995 membincangkan isu merokok daripada pandangan Islam dan telah bersetuju memutuskan merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana ia memudaratkan. - Gambar hiasan
Hanya Selangor dan Pulau Pinang yang telah mewartakan keputusan pengharaman merokok di negeri masing-masing, setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Selangor mengambil langkah tersebut pada 1995 manakala Pulau Pinang membuat keputusan itu pada 2004.
"Kedua-dua negeri itu mengambil langkah tersebut berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 23 Mac 1995.
"Muzakarah itu telah membincangkan isu merokok daripada pandangan Islam dan telah bersetuju memutuskan merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana ia memudaratkan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja, pada Persidangan Dewan Negara pada Selasa.
Sehubungan itu, katanya, adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak berkaitan untuk memainkan peranan masing-masing supaya pandangan fatwa tersebut dipatuhi. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Jamil Khir Baharom
#Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan
#larangan merokok
#Muzakarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan