awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haram lakukan jual beli secara dalam talian ketika solat Jumaat

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2022
10:34 MYT
Haram lakukan jual beli secara dalam talian ketika solat Jumaat
Pada asasnya hukum berkaitan melakukan jual beli pada hari Jumaat adalah diharuskan. Namun begitu, apabila masuknya waktu solat Jumaat, umat Islam perlu segera meninggalkan urusan duniawi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: “Hukum melakukan transaksi jual beli secara dalam talian ketika solat Jumaat adalah haram kerana ia boleh melalaikan seseorang daripada menumpukan solat Jumaat.”
Demikian penerangan dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-683 yang dikeluarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Mei lepas.
Jawapan itu adalah respons kepada pertanyaan individu berkaitan hukum berjual beli secara dalam talian ketika solat Jumaat.
Menurut jawapan daripada pejabat berkenaan, konteksnya adalah sama seperti larangan syarak terhadap melakukan transaksi jual beli biasa dan seumpamanya yang boleh melalaikan.
“Oleh itu, dinasihatkan untuk umat Islam untuk menjauhkan diri daripada kesalahan ini dan melakukan transaksi jual beli tersebut selepas selesai waktu solat Jumaat,” memetik jawapan tersebut.
Tambahnya, pada asasnya hukum berkaitan melakukan jual beli pada hari Jumaat adalah diharuskan.
Namun begitu, apabila masuknya waktu solat Jumaat (bermula dengan khutbah), umat Islam perlu segera meninggalkan urusan duniawi dan fokus pada solat Jumaat tersebut seperi dilihat melalui firman Allah SWT yang membawa maksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." - (Surah al-Jumuah, ayat sembilan)
“Pada masa kini, transaksi jual beli adalah lebih mudah dengan adanya internet dan aplikasi-aplikasi e-dagang.
“Sifat jual beli secara dalam talian ini adalah sama seperti jual beli konvensional seperti adanya pembeli, penjual dan barang dagangan. Justeru, hukum berkaitan jual beli ketika solat Jumaat adalah terpakai juga kepada konteks jual beli dalam talian ini.
Tambahan lagi, tidak dapat dinafikan kewujudan laman e-dagang memudahkan manusia untuk berjual beli tidak mengira tempat dan waktu,” menurut jawapan tersebut lagi.
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#jual beli
#dalam talian
#perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan