awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga lantai pakej umrah ekonomi RM7,800, premium RM14,000

Sinar Harian
Sinar Harian
18/02/2023
12:50 MYT
Harga lantai pakej umrah ekonomi RM7,800, premium RM14,000
Papuh juga menyarankan bakal jemaah umrah berhati-hati dalam memilih pakej umrah terutama pada harga yang tidak munasabah untuk mengelak berlakunya penipuan. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh) menetapkan harga lantai bagi pakej umrah ekonomi bermula daripada RM7,800 manakala pakej umrah premium atau VIP bermula RM14,000.
Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ahli Papuh mencapai kata sepakat meletakkan harga lantai itu susulan kenaikan harga tiket penerbangan dan hotel penginapan di Madinah dan Makkah.
Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat susulan satu perjumpaan melibatkan ahli Papuh di Hotel Grand Barakah pada Jumaat.
"Perjumpaan bertujuan membincangkan mengenai kenaikan harga tiket penerbangan dan juga hotel penginapan di Madinah dan Makkah. Antara dikenal pasti ialah permintaan mengerjakan ibadah umrah yang tinggi daripada jemaah seluruh dunia.
"Oleh yang demikian, ahli mencapai kata sepakat untuk meletakkan harga lantai berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Berikutan itu, Razali memberitahu, Papuh berharap agar bakal jemaah umrah memahami keadaan yang berlaku sekarang yang menyebabkan berlaku kenaikan harga pakej.
Tegas beliau, pihak Papuh juga menyarankan bakal jemaah umrah berhati-hati dalam memilih pakej umrah terutama pada harga yang tidak munasabah untuk mengelak berlakunya penipuan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#harga pakej umrah terkini
#harga lantai
#harga siling
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan