awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan bola sepak wanita Iran tiba di Kuala Lumpur
Konflik Asia Barat: Serangan di Iran tidak capai tahap ‘hari paling sengit’ seperti diancam Hegseth
Ringgit dibuka tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, tidak berubah berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak melonjak melepasi US$105 setelah Iran namakan pemimpin agung baharu

Bernama
Bernama
09/03/2026
03:48 MYT
Harga minyak melonjak melepasi US$105 setelah Iran namakan pemimpin agung baharu
Mojtaba Khamenei. REUTERS
Harga minyak mentah melonjak melepasi US$105 setong dan sempat mencecah paras tertinggi US$108 pada Ahad selepas Mojtaba Khamenei dinamakan sebagai Pemimpin Agung Iran yang baharu, lapor Anadolu Ajansi.
Pelantikan itu menyusuli kematian bapa beliau dalam satu serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel baru-baru ini.
Data daripada Trading Economics menunjukkan penanda aras minyak mentah meningkat mendadak berikutan reaksi pasaran terhadap perkembangan di Iran di tengah-tengah ketegangan Asia Barat yang semakin memuncak.
Pasaran turut bimbang terhadap ketidakpastian yang menyelubungi Selat Hormuz, yang merupakan laluan transit minyak global yang kritikal.
Terdahulu pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengesahkan bahawa Mojtaba Khamenei telah dipilih sebagai Pemimpin Agung negara itu yang baharu.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#minyak mentah
#Mojtaba Khamenei
#konflik Asia Barat
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan