awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SekPur buat laporan SPRM, minta siasat dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
Krisis tenaga global tekan harga minyak, subsidi kerajaan meningkat – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak stabil menerusi keseimbangan permintaan, penawaran - Rahman Dahlan

Bernama
Bernama
12/12/2016
22:56 MYT
Harga minyak stabil menerusi keseimbangan permintaan, penawaran - Rahman Dahlan
ABDUL RAHMAN: Malaysia yakin harga minyak dunia yang lebih stabil dapat dicapai menerusi keseimbangan mapan antara permintaan dan penawaran. - Gambar fail
Malaysia yakin harga minyak dunia yang lebih stabil dapat dicapai menerusi keseimbangan mapan antara permintaan dan penawaran, ke arah mendapatkan harga pasaran yang optimum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas menghadiri mesyuarat antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) dan negara-negara Bukan-Opec, beliau berkata dalam tempoh jangka panjang, Malaysia melihat langkah ini akan mendatangkan kesan positif terhadap ekonomi bagi pihak pengeluar dan pengguna, selain membantu memastikan agenda pembangunan yang berdaya maju.
"Malaysia, yang menyertai pertemuan bersejarah antara anggota Opec dan bukan OPEC itu, yakin harga minyak dunia yang lebih stabil dapat dicapai menerusi keseimbangan mapan antara permintaan dan penawaran, ke arah mendapatkan harga pasaran yang optimum," kata Abdul Rahman.
Pada 10 Disember lalu, mesyuarat dihadiri negara anggota Opec dan bukan Opec yang diadakan di Vienna, mencapai keputusan penting dalam usaha menstabilkan harga minyak global, katanya.
"Mesyuarat yang saya hadiri itu, berakhir dengan komitmen negara bukan Opec susulan keputusan Opec pada 30 November lalu untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 1.2 juta tong sehari.
"Sehubungan itu, berdasarkan komitmen negara bukan Opec di Vienna, jumlah keseluruhan pengurangan pengeluaran yang dipersetujui setakat ini berjumlah 1.7 juta tong sehari," katanya.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Opec bersetuju mengurangkan pengeluaran bulanannya sebanyak 1.2 juta tong sehari kepada 32.5 juta tong sehari bermula Januari.
Mengikut perjanjian itu, Opec juga mahu negara pengeluar minyak yang bukan ahli pertubuhan itu mengurangkan pengeluaran mereka sebanyak 600,000 tong sehari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak
#OPEC
#Rahman Dahlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan