awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal

Bernama
Bernama
09/11/2022
10:39 MYT
Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM3.95, RM2.05 dan RM2.15 seliter. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 10 hingga 16 Nov ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM3.95, RM2.05 dan RM2.15 seliter.
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RON95 pada RM2.05 seliter, dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga runcit RON95 dan diesel itu telah meningkat melangkaui had harga siling semasa," menurut kenyataan itu.
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan akan terus memantau trend perubahan harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#RON97
#RON95
#harga petrol minggu ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan