awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di lima negeri hingga 12 tengah hari
Pekerja pusat boling ditemukan maut dalam bilik stor peralatan pembersihan
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga runcit minyak masak botol kekal - KPDN

Bernama
Bernama
02/02/2023
10:00 MYT
Harga runcit minyak masak botol kekal - KPDN
KPDN memaklumkan mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Feb hingga 7 Mac ini, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
KPDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg pada harga RM30.90, yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2023.
"Secara umumnya, terdapat sedikit kenaikan harga minyak sawit mentah pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
"Walau bagaimanapun, berdasarkan rundingan yang diadakan sebelum ini, kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh berkenaan," menurut kenyataan itu.
KPDN memaklumkan mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Sabit kesalahan bagi individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#harga minyak sawit botol
#minyak masak
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan