awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen

Bernama
Bernama
25/12/2024
09:28 MYT
Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter bagi tempoh 26 Dis hingga 1 Jan 2025.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga akan kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.
MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RON95
#RON97
#diesel
#harga minyak
#harga petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan