awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Gawai: "Maaf lambat sikit ucap... saya sibuk" - Tun Mahathir

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
31/05/2018
14:56 MYT
Hari Gawai: "Maaf lambat sikit ucap... saya sibuk" - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik video berdurasi 1 minit 15 saat di Twitter pada pagi Khamis - Foto Twitter / @chedetofficial
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kepada mereka yang meraikan Hari Gawai dan Hari Keamatan kerana terlambat untuk mengucap selamat bagi mereka yang menyambut perayaan itu.
“Maaf kerana terlewat menyampaikan ucapan ini kerana saya terlalu sibuk dan tidak tahu banyak urusan-urusan yang perlu dibuat perdana menteri.
“Antaranya dengan mengucap selamat Hari Gawai dan Keamatan.
“Saya harap saya dimaafkan dan berharap sambutan ini berjalan dengan baik dan semua dapat bersuka ria pada hari ini,” kata Tun M dalam satu video menerusi catatan tweetnya hari ini.
Selamat Menyambut Hari Gawai dan Keamatan. Maaf kerana sedikit terlewat. pic.twitter.com/QJkNdDfDov
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) May 31, 2018
Susulan tweet Tun Dr Mahathir, ramai warga media sosial memberi reaksi kepada video berkenaan dan meluahkan mereka memahami kesibukan beliau sebagai seorang perdana menteri.
Takpe TUN kami faham TUN sibuk sekarang nie berjuang habis habisan demi kami rakyat malaysia...terima kasih TUN/p>— AmirulSaafinie Rosli (@amirulsaafinie) May 31, 2018
Tak pe Tun..kami faham Tun sibuk..semoga Tun terus sihat mentadbir negara/p>— ciksu (@sulastrighazal1) May 31, 2018
Apology accepted. Teheee. Do not worry la Tun. We are truly understand how busy you are... sabahan chill ja ni Tun. Hehe,,
— Anasyah Norwich (@NashaNorwich) May 31, 2018
Tidak kurang juga mengharapkan Tun Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik dalam mentadbir negara ini.
takpe tun kami tahu tun busy memikirkan hal negara. semoga tun dikurniakan kesihatan yang baik.
— shahirah (@shahirazaman) May 31, 2018
Busy sungguh PM ke 7. Semoga kesihatan terjaga Tun. Selamat Berpuasa
— Ahmad Sabri Ibrahim (@ahmadsabri7778) May 31, 2018
Tun pi rehat tidoq dulu, buat esok pagi lepas sahur pun insyaallah rakyat tak marah. #MalaysiaBaharu
— Nigel Kayans (@nigelkayans) May 31, 2018
Ada juga yang meninggalkan beberapa gambar berformat GIF sebagai memberi reaksi kepada ucapan Tun Dr Mahathir itu.
@chedetofficial pic.twitter.com/waBYWkV7BD
— christine (@Kidrauhl1998) May 31, 2018
Hari Gawai Dayak, satu perayaan yang disambut oleh masyarakat Dayak Sarawak bagi menandakan tamatnya musim menuai dan bermulanya musim penanaman padi yang baharu.
Ia juga diraikan sebagai tanda kesyukuran kepada 'Petara' atau Tuhan di atas limpahan rezeki hasil tuaian dan juga memastikan semangat padi yang berterusan bagi hasilan yang lebih baik pada masa depan.
Topic Berkaitan
#Hari Gawai
#Hari Keamatan
#Mahathir Mohamad
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan