awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Guru: 115 pendidik diberi penghormatan baca khutbah Jumaat di Perak esok

Bernama
Bernama
15/05/2025
02:50 MYT
Hari Guru: 115 pendidik diberi penghormatan baca khutbah Jumaat di Perak esok
Jabatan Agama Islam Perak telah menyediakan teks khutbah Jumaat bertajuk "Guru Rabbani: Membangun Kemuliaan Insan" bagi tujuan berkenaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
IPOH: Sempena sambutan Hari Guru, seramai 115 pendidik diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid seluruh Perak, esok.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memperkenankan penglibatan guru-guru tersebut menjadi khatib sebagai penghargaan atas peranan penting mereka.
"Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah memperakukan nama 115 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Perak untuk diangkat sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi mendapatkan perkenan baginda," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Annuar berkata Jabatan Agama Islam Perak telah menyediakan teks khutbah Jumaat bertajuk "Guru Rabbani: Membangun Kemuliaan Insan" bagi tujuan berkenaan.
Minggu lepas, Sultan Nazrin turut memperkenankan golongan belia menyampaikan khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri bersempena sambutan Hari Belia Negara hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Guru
#pendidik
#khutbah Jumaat
#MAIPk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami