awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung

Bernama
Bernama
18/12/2019
00:25 MYT
Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung
Persidangan Belia Sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA/Fail
Sidang Kemuncak Belia 2019 masuk hari kedua dengan perhimpunan agung dan pembentangan resolusi daripada enam kluster iaitu pendidikan, ekonomi, politik, keusahawanan, revolusi industri 4.0 dan tadbir urus yang baik yang dibincangkan semalam.
Sidang kemuncak itu turut dijadual mengadakan pembentangan lima projek khas iaitu Kepimpinan Belia, Program Pertukaran Belia, Kemanusiaan dan Kesukarelawanan, Teknologi dan Kemapanan, Kemahiran dan Latihan.
Sidang tersebut yang menjadi platform untuk golongan belia melahirkan idea dan membincangkan masa depan negara dan dunia Islam merupakan permulaan kepada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bermula hari ini hingga Sabtu ini.
Pada sebelah malam, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dijadual menghadiri jamuan malam bagi mengalu-alu kedatangan pemimpin antarabangsa dan perwakilan sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.
Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Hassan Rouhani adalah antara pemimpin Islam dijangka menyertai sidang kemuncak tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Sidang kemuncak berkenaan, antara lain, membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah menimpa dunia Islam serta memperbaiki keadaan umat Islam dan negara Islam.
Ia juga bertujuan untuk membentuk jaringan antara pemimpin Islam, cendekiawan, ulama dan pemikir di seluruh dunia serta menghidupkan semula tamadun Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#dunia Islam
#jalan penyelesaian
#Kuala Lumpur
#Mahathir Mohamad
#masalah
#negara Islam
#pemimpin antarabangsa
#pemimpin Islam
#perhimpunan
#perhimpunan agung
#Sidang Kemuncak Belia
#Sidang Kemuncak KL
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan