awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Pelarian Sedunia: Semoga dengan bantuan dihulur, negara kita diberkati - Shahril Hamdan

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2022
10:06 MYT
Hari Pelarian Sedunia: Semoga dengan bantuan dihulur, negara kita diberkati - Shahril Hamdan
Prinsip manusiawi tidak boleh dianggap lemah atau idealistik semata-mata. - Gambar REUTERS
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan bersetuju dengan cadangan agar Malaysia terus mengambil langkah berprinsip dan manusiawi dalam menjamin hak dan maruah pelarian.
Menurut beliau, biarpun terdapat kes melibatkan pelarian yang menimbulkan rasa kurang senang rakyat negara ini, namun, prinsip manusiawi tidak boleh dianggap lemah atau idealistik semata-mata.
"Ada seribu satu pertimbangan domestik yang mempengaruhi pendirian kita berhubung isu pelarian yang merupakan warga negara lain.
"Namun, ia bukan alasan untuk kita sekali-kali bersikap angkuh jauh sekali mencemuh seluruh golongan pelarian. Dalam segala cabaran yang sedang dihadapi rakyat Malaysia, besar lagi cabaran dan dugaan mereka ini.
"Semoga dengan apa yang kita bantu, Allah juga memberkati negara kita dan terus permudahkan urusan menjadikan Malaysia negara maju, aman, damai dan sejahtera," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Isnin.
Tambahnya, apa sahaja pendirian negara mahupun peribadi berkenaan peranan atau batasan tanggungjawab Malaysia dalam hal ini, orang ramai diseru agar mendoakan semua krisis, perang dan penganiayaan yang mendorong kepada angka besar pelarian di negara ini, dapat dileraikan.
Setakat Mei 2022, seramai 183,000 pelarian berdaftar bersama Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia.
Daripada angka itu, 157,000 adalah pelarian dari Myanmar sementara baki 26,000 ialah pelarian dari 50 negara termasuk Pakistan, Yemen, Syria dan Somalia.
Topic Berkaitan
#pelarian
#Shahril Hamdan
#Malaysia
#Myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan