awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Sukan Negara: 250 sertai larian tawan puncak Menara KBS

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2023
12:16 MYT
Hari Sukan Negara: 250 sertai larian tawan puncak Menara KBS
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyempurnakan pelepasan bagi acara itu di dataran Menara KBS - Foto kredit: Malaysia Towerrunning Association
PUTRAJAYA: Seramai 250 orang menyertai larian Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) anjuran Malaysia Towerrunning Association (MTA) sempena Hari Sukan Negara (HSN).
Acara itu adalah yang pertama dianjurkan badan pengelola sukan mendaki tangga negara membabitkan 17 tingkat Menara KBS pada 14 Oktober lalu.
Presiden MTA, Ravinder Singh berkata, acara sedemikian membuka peluang kepada semua peminat sukan lasak itu untuk menguji keberanian dan ketahanan fizikal untuk menawan puncak menara berkenaan.
“Beberapa tahun kebelakang ini telah menyaksikan sukan larian mendaki puncak bangunan semakin popular dan mendapat sambutan dalam kalangan semua pelari-pelari sukan lasak itu.
“Ini adalah sebagai usaha MTA untuk menarik minat penggemar sukan ini untuk menguji ketahanan fizikal yang berbeza daripada pertandingan larian yang biasa dianjurkan iaitu menawan bangunan pencakar langit yang tinggi dan ikonik,” katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyempurnakan pelepasan bagi acara itu di dataran Menara KBS.
Dalam pada itu, Ravinder berkata, MTA yang menjadi badan induk sukan lasak itu komited memperkukuh kerjasama dengan KBS dan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dalam usaha menganjurkan sukan itu pada masa akan datang.
“Salah satu aktiviti yang akan diadakan ialah bengkel mingguan dan sesi latihan percuma kepada orang ramai di Menara Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada setiap Sabtu bermula jam 5.30 hingga 7 petang.
“Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti yang dianjurkan MTA, ikuti laman sesawang https://www.facebook.com/MalaysiaTowerrunningAssociation,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Malaysia Towerrunning Association
#KBS
#Hari Sukan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan