awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari TVET Negara 2026 diadakan 5 hingga 7 Jun di Dataran Putrajaya

Bernama
Bernama
17/03/2026
09:30 MYT
Hari TVET Negara 2026 diadakan 5 hingga 7 Jun di Dataran Putrajaya
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata perincian atau maklumat lanjut berhubung sambutan itu akan diumumkan oleh pihak urus setia dalam masa terdekat. - Foto BERNAMA
Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 akan diadakan dari 5 hingga 7 Jun ini di Dataran Putrajaya, di sini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan MADANI berkata perincian atau maklumat lanjut berhubung sambutan itu akan diumumkan oleh pihak urus setia dalam masa terdekat.
“Pada waktu ini, maklumat yang telah diberikan kepada Jemaah Menteri adalah seperti yang saya sebutkan tadi dan saya percaya dalam masa yang tidak terlalu lama, pihak urus setia akan mengeluarkan maklumat tambahan,” katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri yang turut meneliti hasil mesyuarat Majlis TVET kali ke-10 yang diadakan pada 5 Mac lepas.
"Mesyuarat Majlis TVET itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata antara perkara dibentangkan ialah peningkatan ketara jumlah peserta program TVET di seluruh negara yang melonjak sebanyak 500 peratus berbanding sebelum ini, sambil menyifatkan perkara itu sebagai pencapaian yang amat membanggakan.
Selain itu, beliau berkata Kementerian Pengangkutan turut membentangkan pelaksanaan pengukuhan program TVET melibatkan bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Sebanyak 100 individu (pesara ATM) akan diserap ke sektor logistik dengan gaji hingga RM5,000. Jadi, perkara ini antara yang sedang diusahakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari TVET Negara
#Dataran Putrajaya
#Fahmi Fadzil
#hari pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan