awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harta hanya akan disita jika ada kaitan dengan kesalahan yang disiasat - Jahaberdeen

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/12/2023
22:30 MYT
Harta hanya akan disita jika ada kaitan dengan kesalahan yang disiasat - Jahaberdeen
Jahaberdeen berkata, perintah penyitaan di bawah SPRM adalah selama 18 bulan dan sekiranya dalam tempoh itu tiada berlaku perlucutan harta, maka harta itu akan dipulangkan kepada pendaftar aset terbabit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penyitaan sesuatu aset tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu melalui proses perundangan.
Peguam Kanan Jahaberdeen & Co, Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, untuk menyita sama ada aset alih atau aset tidak alih, pendakwa raya mesti berpuas hati berlaku dua perkara.
"Pertama, harta yang hendak disita itu ada berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang disiasat.
"Pendakwa mempunyai maklumat untuk mengesyaki secara munasabah bahawa harta tersebut ada kaitan dengan kesalahan yang disiasat.
"Kedua, sekiranya harta tersebut digunakan sebagai peralatan untuk melakukan sesuatu kesalahan," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Jahaberdeen berkata, dalam proses penyitaan melibatkan kes-kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pendakwa raya pasukan itu perlu mengeluarkan notis kepada pendaftar aset tersebut sebagai pemberitahu bahawa harta tersebut akan disita.
"Selain itu, di bawah peruntukan undang-undang, notis berkenaan juga perlu disiarkan dalam dua akhbar tempatan termasuk sebuah akhbar berbahasa Melayu," tambahnya.
Menurutnya, perintah penyitaan di bawah SPRM adalah selama 18 bulan dan sekiranya dalam tempoh itu tiada berlaku perlucutan harta, maka harta itu akan dipulangkan kepada pendaftar aset terbabit.
Dalam tempoh itu, katanya, sebarang urusan berkaitan dengan hartanah itu adalah tidak dibenarkan.
Khamis lalu, bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, milik keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, disita SPRM.
Notis penyitaan bangunan setinggi 60 tingkat itu bertarikh 18 Dis lalu disiarkan melalui ruangan pemberitahuan sebuah portal berita, dengan ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib.
Ia ditujukan kepada Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada Nov 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.
Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.
Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta, antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka.
Menara Ilham disita, memahami prosedur undang-undang
Topic Berkaitan
#SPRM
#menara ilhan
#Tun Daim Zainuddin
#bekas menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan