awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat kerja dalam talian tidak kesampaian, suri rumah kerugian RM100,000

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
09/05/2020
05:34 MYT
Hasrat kerja dalam talian tidak kesampaian, suri rumah kerugian RM100,000
Mohd Wazir modus operandi suspek adalah memperdaya pengadu dengan menawarkan tawaran kerja dalam talian termasuk meminta sejumlah wang modal. - Gambar hiasan
Hasrat seorang suri rumah untuk bekerja secara dalam talian tidak kesampaian malah kerugian RM100,000 ditipu sindiket penipuan.
Kejadian bermula pada 14 April lalu apabila mangsa yang berusia 39 tahun memuat turun aplikasi untuk melakukan kerja dalam talian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, untuk tujuan itu mangsa diminta untuk memasukkan sejumlah wang modal bagi tujuan pembelian barangan dari China.
"Pada hari yang sama, mangsa dan lima rakannya sekerjanya bersepakat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa memasukkan wang berjumlah RM100,000 ke dalam dua akaun bank yang berbeza dengan 10 kali transaksi.
"Namun selepas memasukkan wang berkenaan, mangsa masih belum dapat melakukan kerja dalam talian berkenaan dan barang yang ditempah juga belum diperolehi.
"Mangsa yang berasa ditipu oleh sindiket berkenaan kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sini, semalam," katanya.
Beliau berkata, modus operandi suspek adalah memperdaya pengadu dengan menawarkan tawaran kerja dalam talian termasuk meminta sejumlah wang modal.
"Setelah wang dimasukkan dalam akaun bank suspek pengadu mendapati maklumat pekerjaan adalah palsu dan tidak wujud," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#bank
#China
#jenayah
#mangsa
#Pahang
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan