awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henti bertelingkah, bawa polisi bantu rakyat - Dewan Perdagangan Digital Malaysia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/05/2020
07:36 MYT
Henti bertelingkah, bawa polisi bantu rakyat - Dewan Perdagangan Digital Malaysia
Chris Daniel Wong memberitahu, sejak PKP dilonggarkan, ahli Parlimen dilihat kembali aktif mengetengahkan isu-isu politik. - Gambar fail
Ahli-ahli Parlimen digesa untuk membawa polisi yang mampu membantu meringankan beban rakyat dan mengenepikan perbezaan pendapat dengan pertelingkahan berhubung polisi kerajaan.
Presiden, Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong menjelaskan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan, ahli Parlimen dilihat kembali aktif mengetengahkan isu-isu politik.
"Penukaran kerajaan ini hanya akan menggambarkan ketidakstabilan politik yang memberi kesan langsung kepada ekonomi negara.
"Jadi pasaran ekonomi bukan sahaja akan berundur malah pelabur asing juga akan samar-samar untuk melabur di negara kita," katanya ketika ditemu bual bersama Buletin AWANI di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Chris turut mempersoalkan tindakan wakil rakyat yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan mereka lupa tentang tanggungjawab hakiki untuk membantu merancakkan kembali ekonomi negara.
Sementara itu, sebagai persiapan berdepan dengan cabaran ekonomi, beliau menggalakkan para pengusaha terutamanya dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya belajar memasarkan produk mereka menggunakan secara dalam talian di pelbagai platform seperti media sosial dan sebagainya.
"Dalam masa yang sama, mereka disaran untuk mengikuti kelas-kelas latihan kemahiran seperti cara betul merakam gambar dan menulis butiran mengenai produk mereka, yang kini banyak dikendalikan secara dalam talian.
"Kemahiran ini dapat membantu untuk memuat naik produk mereka di platform seperti Lazada dan Shopee," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Chris Daniel Wong
#COVID-19
#Dewan Perdagangan Digital Malaysia
#ekonomi
#Lazada
#MCO
#Parlimen
#perusahaan kecil dan sederhana
#PKP
#PKPB
#PKS
#Shopee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan