awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan bantah keputusan PRU13 tak cerminkan demokrasi

Bernama
Bernama
19/05/2013
10:44 MYT
Himpunan bantah keputusan PRU13 tak cerminkan demokrasi
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan himpunan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 anjuran pembangkang tidak mencerminkan demokrasi kerana mereka sebenarnya membantah keputusan majoriti rakyat.
Sebaliknya kata beliau, perhimpunan itu hanya satu pesta 'kegilaan' orang kecewa yang tidak dapat menerima kekalahan dan mesti dihentikan.
"Bagi saya ia sangat berbahaya kerana itu bukan demokrasi.
"Demokrasi ialah penerimaan dan menerima keputusan yang telah dibuat rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat pameran seni 'Mera'i Demokrasi' di RA Fine Arts Gallery, di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pembangkang yang terus menganjurkan perhimpunan konon bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang diadakan pada 5 Mei lepas.
Shabery berkata jika benar pembangkang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya itu, mereka sepatutnya menggunakan saluran undang-undang yang ada seperti memfailkan petisyen di mahkamah.
Katanya mereka juga patut mengemukakan bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan mereka.
"Mereka mendakwa terdapat 45,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk sebagai pengundi hantu. Saya pun tertunggu-tunggu untuk melihat buktinya. Sekurang-kurangnya tunjuklah 10 atau 20 orang, saya juga mahu melihatnya," katanya.
Katanya rakyat juga boleh menilai sendiri kewajaran perhimpunan berkenaan.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Shabery berkata kerajaan sedia ada akan terus menggalak dan menyokong perkembangan seni halus di negara ini serta memajukannya ke tahap lebih tinggi.
Kira-kira 20 karya seni halus hasil daripada lapan artis tempatan dipamerkan di galeri itu sehingga 8 Jun ini.
Topic Berkaitan
#demokrasi
#himpunan
#majoriti rakyat
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan