awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda memberi fokus kepada pasaran Malaysia Timur

Astro Publication
Astro Publication
03/06/2015
17:34 MYT
Honda memberi fokus kepada pasaran Malaysia Timur
Untuk memastikan Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) dapat memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan, pihak syarikat telah mengambil inisiatif untuk membuka dua hab logistik ataupun Pusat Pengedaran Berpusat Malaysia Timur, masing-masing di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
Hab logistik ini diharap dapat memudahkan aktiviti operasi pengedar-pengedar Honda dan aktiviti operasi Honda Malaysia. Lebih dari itu, masa penghantaran kereta kepada pengedar Honda di kedua-dua negeri ini dapat dikurangkan secara mendadak, dari sembilan hari yang diambil sekarang ke tiga hari.
Kualiti kenderaan yang dihantar juga dapat dijaga kerana sebelum ini ada kes di mana produk dihantar ada kerosakan seperti kesan calar; masa yang lama di bawah matahari terik sebelum penghantaran dapat dibuat juga tidak bagus kepada kenderaan tersebut.
Hab Logistik Malaysia Timur oleh HMSB ini akan diseliakan oleh Giga Shipping Sdn. Bhd.
Dari segi jualan, pasaran Sarawak dan Sabah menyumbang 5.6% daripada jumlah keseluruhan jualan HMSB bagi tahun 2014. Dalam pada itu, bahagian pasaran kereta Honda di negeri-negeri ini telah meningkat, dari 2% ke 3% (di Sabah) dan dari 3% ke 5% di Sarawak.
Sebuah pejabat serantau, kemudahan latihan dan gudang alat ganti akan turut disiapkan untuk kemudahan pengedar Honda dan pelanggan.
HMSB juga merancang untuk menjual sehingga 600 unit kenderaan sebulan menjelang 2016.
Topic Berkaitan
#
#Honda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan