awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Delegasi Iran akan ke Pakistan untuk rundingan damai dengan AS
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas PM Nepal Deuba, isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital di Tehran isytihar darurat susulan serangan AS dan Israel

Bernama
Bernama
28/02/2026
10:09 MYT
Hospital di Tehran isytihar darurat susulan serangan AS dan Israel
Langkah kecemasan telah diaktifkan susulan letupan di beberapa bahagian ibu negara tersebut. - Gambar fail
Hospital di ibu negara Iran, Tehran, mengisytiharkan darurat pada Sabtu selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel menggegarkan bandar itu, menurut Kementerian Kesihatan Iran yang dipetik agensi berita Anadolu daripada akhbar tempatan.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Hossein Kermanipour memberitahu agensi berita rasmi IRNA bahawa langkah kecemasan telah diaktifkan susulan letupan di beberapa bahagian ibu negara tersebut.
Beliau berkata ambulans telah dihantar ke lokasi di mana letupan dilaporkan berlaku, sambil menambah bahawa jumlah mangsa akan diumumkan kemudian.
Walaupun Israel melancarkan serangan "pencegahan" yang dinamakan "Lion's Roar", Presiden AS Donald Trump berkata pasukannya telah melancarkan "operasi tempur besar-besaran di Iran" yang bertujuan untuk "menghapuskan ancaman segera daripada rejim Iran". Beliau mengulangi bahawa Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Israel serang Iran(151672)
#Hospital
#darurat
#Tehran
#letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan