awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Miri guna kaedah molekular untuk mempercepat keputusan sampel saringan

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2020
08:05 MYT
Hospital Miri guna kaedah molekular untuk mempercepat keputusan sampel saringan
Lima kakitangan terlatih telah ditempatkan di makmal berkenaan bagi memastikan kelancaran pengendaliannya. -Gambar Astro AWANI
Hospital Miri kini melaksanakan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 menggunakan kaedah molekular menerusi ujian Real Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang membolehkan keputusan ujian diperoleh dengan lebih cepat.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, berkata makmal tersebut siap dibina pada 8 April lalu dan dilengkapi teknologi tambahan tersebut bagi meningkatkan kepantasan keputusan ujian saringan.
“Dengan adanya kemudahan ini, pihak hospital menjangka akan mendapat keputusan ujian COVID-19 dengan lebih pantas kerana tidak perlu menghantar sampel pesakit ke Kuching.
“Dalam masa sama, keputusan ujian saringan virus tersebut juga boleh diperolehi dalam tempoh 48 jam selepas sampel pesakit diambil,” katanya yang turut bertanggungjawab dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Bahagian Miri.
Tambah Kim Shin, lima kakitangan terlatih telah ditempatkan di makmal berkenaan bagi memastikan kelancaran pengendaliannya.
Ujar beliau, setakat ini 140 sampel sudah diambil menggunakan kaedah swab sejak makmal itu mula beroperasi pada Jumaat.
Kim Shin turut menyasarkan Hospital Miri dapat meningkatkan keupayaannya untuk memproses sehingga 134 sampel dalam masa sehari.
Beliau berkata demikian pada sidang media jawatankuasa berkenaan di Pejabat Residen Miri pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Datuk Lee Kim Shin
#Hospital Miri
#Kaedah Molekular
#Menteri Pengangkutan Sarawak
#Real Time Polymerase Chain Reaction RT-PCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan