awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hotel, kedai serbaneka disamun lelaki bersenjatakan parang

Bernama
Bernama
08/12/2022
09:04 MYT
Hotel, kedai serbaneka disamun lelaki bersenjatakan parang
Dua lelaki warga tempatan berusia 23 dan 24 tahun telah ditahan di sekitar Pasir Gudang, antara pukul 10 hingga 11.30 malam tadi. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Sebuah hotel dan sebuah kedai serbaneka di Ulu Tiram, dekat sini, dipercayai disamun dua lelaki bersenjatakan parang, antara pukul 4 hingga 5 pagi, Rabu, kata Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak.
Beliau berkata susulan hasil maklumat dan laporan yang dibuat oleh pekerja kaunter hotel dan juruwang kedai serbaneka tersebut, tiga lelaki warga tempatan berusia 23 dan 24 tahun telah ditahan di sekitar Pasir Gudang, antara pukul 10 hingga 11.30 malam tadi.
"Ketika kejadian, kedua mangsa sedang bekerja dan dipercayai disamun dua lelaki yang bersenjatakan parang. Salah seorang daripada lelaki berkenaan telah mengacukan parang pada juruwang kedai mangsa, sambil mengambil barang berharga dan terus melarikan diri.
"Antara barang yang dilaporkan hilang ialah sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM750. Hasil daripada maklumat polis telah membuat tangkapan terhadap tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian samun berkenaan," katanya melalui satu kenyataan, hari ini.
Turut dirampas dua buah motosikal, dua topi keledar, lima helai jaket pelbagai jenama, sebilah parang, tiga pasang kasut pelbagai jenama, sehelai seluar jeans dan dua buah telefon bimbit, di mana salah satu telefon bimbit berkenaan ialah milik mangsa.
Tambah Mohd Sohaimi, hasil semakan mendapati kesemua yang ditahan mempunyai lapan rekod jenayah, lapan rekod jenayah dadah dan satu rekod orang yang dikehendaki dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebat.
Beliau berkata kesemua yang ditahan, direman mulai hari ini sehingga Rabu (14 Dis).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun
#Johor Bahru
#PDRM
#Pasir Gudang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan