awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HTAR dijangka terima lebih banyak peralatan, pakar - Ahli Parlimen Klang

Bernama
Bernama
30/07/2021
08:42 MYT
HTAR dijangka terima lebih banyak peralatan, pakar - Ahli Parlimen Klang
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dijangka menerima lebih ramai pakar dan peralatan perubatan termasuk oksigen serta mesin ventilator. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dijangka menerima lebih ramai pakar dan peralatan perubatan termasuk oksigen serta mesin ventilator susulan arahan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang membuat lawatan mengejut ke hospital berkenaan petang semalam.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dalam menyampaikan penghargaan terhadap lawatan Dr Adham itu turut menyuarakan harapan agar segala arahan dan janji menteri kesihatan itu dapat dipenuhi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Menerusi hantaran di Facebooknya beliau berkata, dalam lawatan itu Dr Adham meluangkan masa hampir dua jam memeriksa dan berbual dengan pesakit, doktor dan pengurusan HTAR termasuk melawat ke beberapa bahagian hospital berkenaan.
"Pesakit-pesakit yang duduk di luar Jabatan Kecemasan memberitahu beliau (Dr Adham) bahawa mereka sudah dua jam berada di situ tanpa makanan, meskipun sebahagiannya mengatakan ada makanan diagihkan, dan menteri kemudian meminta 400 makanan lagi dibawa masuk," katanya.
"(Saya) ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri (kesihatan) atas lawatan mengejut beliau ke HTAR, iaitu komitmen yang beliau buat di Parlimen dua hari lepas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HTAR
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah
#COVID-19
#Menteri Kesihatan
#Dr Adham Baba
#Ahli Parlimen Klang
#Charles Santiago
#mesin ventilator
#oksigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan