awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan kami bukan retorik atau main-main - Hishammuddin

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
19/04/2017
08:50 MYT
Hubungan kami bukan retorik atau main-main - Hishammuddin
Ahmad Zahid bersalaman dengan Hishammuddin ketika menerima kunjungan Menteri Tugas-tugas Khas yan baru dilantik itu di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Menteri Tugas-tugas Khas yang baru dilantik Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini sekali lagi mengulangi bahawa hubungan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri dalam keadaan baik.
Katanya, hubungan baik yang dipamerkan antara dirinya dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan semata-mata lakonan.
“Saya berasa begitu lega. Walaupun macam-macam cerita berhubung kait dengan hubungan kita (dengan Zahid) tetapi percayalah, kita akan buktikan bahawa ini bukanlah retorik atau mainan.
"Saya secara ikhlas dan jujur menyatakan bahawa hubungan saya dengan Datuk Seri Zahid begitu selesa sangat,” katanya pada satu sidang media di pejabat Ahmad Zahid di sini.
Terdahulu, Hishammuddin melakukan kunjungan rasmi beliau yang pertama terhadap Ahmad Zahid selepas seminggu dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas.
Ahmad Zahid yang turut serta dalam sidang media itu turut mengulangi sokongan beliau terhadap lantikan dan tugasan baru Hishammuddin, yang juga terus memegang jawatan Menteri Pertahanan.
“Saya menyambut baik kunjungan ini dan kami telah membincangkan beberapa tugasan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tugasan pertama ialah untuk memperkukuhkan institusi kepimpinan di pihak kerajaan dan juga parti Barisan Nasional.
"Dalam hal ini saya minta tidak ada lagi sebarang spekulasi, jauh sekali analisis yang pelbagai bentuk, terutamanya yang negatif, terhadap penugasan baru yang diberikan ini,” tambahnya.
Dalam pertemuan ini juga, Ahmad Zahid menyatakan keyakinannya terhadap kewibawaan Hishammuddin dalam memikul semua tugasan yang dibincangkan.
Pada masa sama, Hishammuddin juga menafikan mengambil alih tugas Kementerian Dalam Negeri apabila ditugaskan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu keselamatan di Sabah.
"Tidak bermakna bahawa peranan dan amanah yang diletakkan di atas bahu Datuk Seri Zahid dalam jawatankuasa operasi (Esscom) yang dipengerusikan bersama dengan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman) itu diserahkan kepada saya.
"Saya hanya membantu Perdana Menteri, sebab, jawatankuasa induk itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya.
Ia kemudiannya disahkan oleh Ahmad Zahid.
Pada Isnin, Hishammuddin berkata, satu daripada tugasnya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah membantu Najib memantau keselamatan Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Hishamuddin Hussein
#hubungan baik
#kunjungan hormat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan