awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat

Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
20/10/2021
09:16 MYT
Hujan lebat, beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Banjir kilat berkenaan mengakibatkan jalan-jalan utama di dua daerah itu terpaksa ditutup selain beberapa kenderaan juga terkandas ekoran paras air yang tinggi. - Astro AWANI
AYER KEROH: Hujan lebat berterusan lebih empat jam telah mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dan Jasin dilanda banjir kilat.
Keadaan itu mengakibatkan jalan-jalan utama di dua daerah itu terpaksa ditutup selain beberapa kenderaan juga terkandas ekoran paras air yang tinggi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, selain pasukan pemantauan, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil juga digerakkan untuk menyelamat mangsa terkandas di Kampung Asam Kumbang, Bemban, Jasin.
“Pihak bomba terima panggilan pada jam 3.48 petang memaklumkan dua mangsa terkandas di Jalan Huzir, Kampung Asam Kumbang, Bemban.
“Mereka cuba menyelamatkan diri dan duduk di atas bumbung kenderaan sebelum pasukan bomba tiba bagi kerja-kerja menyelamat,” katanya.
Menurutnya, banjir kilat itu dipercayai berlaku akibat longkang tersumbat sehingga tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak, sekali gus melimpah ke atas jalan.
Buat masa ini ujarnya, banjir kilat berkenaan hanya melibatkan kawasan jalan raya dan tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.
Antara kawasan yang terlibat termasuk jalan Ayer Keroh lama, jalan Krubong, Bukit Beruang, Batu Berendam Kampung Sungai Putat dan Bemban di Jasin.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir kilat Melaka
#Melaka Tengah
#Jasin
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kampung Asam Kumbang Bemban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan