awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, ribut petir diramal landa 11 negeri hingga 6 petang ini

Bernama
Bernama
25/05/2025
08:48 MYT
Hujan lebat, ribut petir diramal landa 11 negeri hingga 6 petang ini
Amaran itu melibatkan seluruh Perlis dan Kuala Lumpur, manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor dan Hulu Langat, Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) serta Johor. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri hingga 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Perlis dan Kuala Lumpur, manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor dan Hulu Langat, Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Amaran sama dikeluarkan bagi Perak iaitu di kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) serta lima kawasan di Pahang iaitu Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin.
Keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Kawasan terlibat di Sabah adalah bahagian Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MetMalaysia
#ribut petir
#hujan lebat
#angin kencang
#cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan