awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40 peratus hasil Sabah: Kerajaan Negeri hormati keputusan Mahkamah Rayuan, harap rundingan diteruskan - Hajiji
AirAsia kurangkan kapasiti, kawal kos dan semak naik tambang susulan tekanan harga bahan api
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutan seluas 1.2 hektar di Gelugor terbakar

Bernama
Bernama
23/03/2026
11:47 MYT
Hutan seluas 1.2 hektar di Gelugor terbakar
Kawasan hutan seluas kira-kira 1.2 hektar di Taman Bukit Gambir, Gelugor terbakar tengah hari tadi. - Foto JBPM Pulau Pinang/via BERNAMA
Kawasan hutan seluas kira-kira 1.2 hektar di Taman Bukit Gambir, Gelugor dekat sini terbakar tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.51 tengah hari dengan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak tiba di lokasi pada 2.07 petang.
“Operasi pemadaman dibahagikan kepada dua sektor dan teknik fire break (pemisah kebakaran) turut digunakan bagi mengelak api daripada merebak,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata operasi melibatkan sembilan anggota serta bantuan sebuah Fire Rescue Tender (FRT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kenderaan utiliti.

John Sagun berkata kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 4.15 petang manakala pemeriksaan lanjut masih dijalankan dengan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#hutan
#Taman Bukit Gambir
#terbakar
#Gelugor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan