awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump akan bincang kemungkinan keluar NATO dalam pertemuan dengan Rutte
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, anak ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2026
00:50 MYT
 Ibu, anak ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci
Rumah yang didiami dua beranak itu berkunci menyebabkan polis meminta bantuan daripada bomba. - Foto Sinar Harian
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah di Flat Taman Sahabat, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.17 malam itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan daripada polis bagi membantu membuka pintu rumah yang berkunci dan dipercayai terdapat mangsa di dalam kediaman berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan enam anggota termasuk penyelia digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari balai.
"Polis menerima aduan daripada jiran yang terhidu bau busuk dari rumah mangsa. Sehubungan itu, polis menghubungi bomba untuk bantuan membuka pintu rumah tersebut.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba pada jam 8.32 malam dan menjalankan kerja-kerja membuka pintu menggunakan peralatan khas bersama pihak polis.
“Selepas pintu berjaya dibuka, terdapat dua mangsa ditemui masing-masing di ruang tamu dan di dalam bilik tidur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa dikenal pasti sebagai Lee Tet Khim, 72, dan Lam Tong Hoong, 39.
"Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.
Operasi yang melibatkan sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.55 malam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ibu anak meninggal
#rumah berkunci
#JBPM Pulau Pinang
#Flat Taman Sahabat Teluk Kumbar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan