awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dan teman lelaki kanak-kanak mati disyaki didera, ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2015
02:52 MYT
Ibu dan teman lelaki kanak-kanak mati disyaki didera, ditahan polis
Mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur 9 pagi ini untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. - Gambar Fail
Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mati selepas disyaki didera di Taman Kosas di sini, ditahan polis pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuddin Saad yang mengesahkan penahanan mereka berkata wanita berusia 35 tahun dan teman lelakinya, 41 ditahan di kediaman mereka di Flat Taman Kosas dekat sini pada jam 3 petang, semalam.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai sebab tangkapan dibuat kecuali untuk membantu siasatan berhubung kejadian menimpa pelajar Tahun Satu Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Kosas itu.
Penahanan dibuat susulan laporan perubatan seorang doktor pada jam 10.39 pagi semalam.
Menurut laporan berkenaan, kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital kira-kira jam 8.55 pagi dan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu menunjukkannya sudah tidak bernyawa.
Laporan itu turut menyebut bantuan pernafasan telah diberikan kepada kanak-kanak itu, namun tidak berjaya.
Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan merah, termasuk di kemaluannya, kesan luka lama pada bahagian kiri pinggang, kesan merah di tangan kiri dan kanan serta muka.
Mayat kanak-kanak tersebut dilaporkan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi Selasa untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Topic Berkaitan
#dera
#Khairuddin Saad
#Mahkamah Majistret Ampang
#Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Kosas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan