awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu gadai barang kemas demi gapai cita-cita anak

Sinar Harian
Sinar Harian
09/07/2023
00:10 MYT
Ibu gadai barang kemas demi gapai cita-cita anak
Muhammad Hilman (dua, kiri) bersama ibu bapa dan Allex Seah (tiga, kiri) selepas pelancaran Cawangan Hillmen Hairstudio MiTC Ayer Keroh pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Demi memastikan cita-cita anak menjadi tukang gunting rambut berjaya tercapai, seorang ibu lapan anak sanggup menggadaikan barangan kemas sebagai modal perniagaan untuk anaknya.
Fariza Ismail, 52, yang berasal dari Marang, Terengganu berkata, sebagai ibu perlu menyokong impian anak dan harus yakin setiap anak mempunyai kelebihan dan keunikan masing-masing.
Menurutnya, berbekalkan wang gadaian barang kemas berjumlah RM10,000, anaknya, Muhammad Hilman Mohd Rosli, 26, kemudian berhijrah ke Melaka membuka salon rambut Hillmen Hairstudio cawangan pertama pada tahun 2016.
"Cawangan pertama di Masjid Tanah, kedua di Sungai Udang sebelum berjaya membuka cawangan ketiga di MiTC, Melaka.
"Melihat kegigihannya yang sebelum ini sanggup melakukan kerja tukang gunting rambut sambilan sehingga jam 2 pagi ketika masih belajar, buat saya percaya dia boleh berjaya.
"Anak-anak perlu diberikan sokongan keluarga, jangan kita pandang rendah dan sehingga sekarang dia akan hubungi saya dan minta doa dan restu saya," katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran cawangan Hillmen Hairstudio yang disempurnakan oleh Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Allex Seah Shoo Chin di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Hilman berkata, walaupun belajar dalam bidang automotif, namun minat mendalam dalam bidang gunting rambut menyebabkan dia sanggup merantau dan berdikari termasuk ketika pandemik Covid-19.
Menurutnya, keunikan yang diperkenalkan dengan memastikan semua pekerja di salon rambut ini mengenakan pakaian seragam lengkap bertali leher bagi mewujudkan kelainan kepada pelanggannya.
"Pelanggan saya bukan sahaja dalam kalangan penduduk negeri ini malah ada pelanggan luar Melaka yang sanggup datang untuk dapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.
"Jadi secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan sektor pelancongan negeri Melaka lebih-lebih lagi Tahun Melawat Melaka pada tahun depan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gadai barang kemas
#ibu sokong impian anak
#sektor pelancongan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan