awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu hamil perlu ambil vaksin, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2021
12:12 MYT
Ibu hamil perlu ambil vaksin, ini 5 perkara penting kenyataan media KKM
Kata Dr Noor Hisham, sebanyak 1,053 kes sedang mendapatkan rawatan di ICU dengan 546 memerlukan bantuan alat pernafasan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru semua ibu hamil untuk berdaftar dalam MySejahtera dan mengambil vaksin COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengambilan vaksin adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dan selamat untuk mencegah ibu hamil dari mendapat jangkitan yang teruk.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Rabu;
1. Sebanyak 20,780 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan hari ini berbanding 19,991 semalam.
2. Selangor masih kekal penularan kes harian tertinggi dengan sebanyak 6,921 kes diikuti Kuala Lumpur (2,065 kes) dan Johor (1,693 kes).
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 233,358 kes.
4. Kes kematian baharu adalah sebanyak 211 kes dengan angka kumulatifnya kini 11,373 kes.
5. Sebanyak 1,053 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 546 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Topic Berkaitan
#alat pernafasan
#COVID-19
#ICU
#jangkitan
#KKM
#vaksin
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan