awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu minta bantuan orang ramai untuk cari anak hilang

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
28/05/2018
04:42 MYT
Ibu minta bantuan orang ramai untuk cari anak hilang
Ibu rayu Nur Fatihah yang menghilangkan diri sejak 7 Januari lalu agar kembali untuk berhari raya bersama keluarga.-gambar Astro AWANI
Sudahlah hidup kami susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, anak perempuan kami pulak lari entah ke mana, luah seorang ibu dari Kampung Kedai Lalat dekat sini.
Menurut Siti Aesah Mohd Noor, 44 tahun, anak keduanya itu keluar rumah pada 7 Januari lalu untuk membeli barang dan terus menghilangkan diri.
Mangsa Nur Fatihah Rodzi, 16 tahun, dipercayai mengikut teman lelaki dikenali sebagai Alif.
Anaknya itu ada menghubunginya sehari selepas keluar dari rumah dan meminta supaya keluarganya tidak mencarinya kerana sekarang hidupnya lebih bahagia.
''Itulah kali terakhir dia hubungi saya. Sehingga sekarang, saya tidak dapat khabar berita dari Nur Fatihah.
''Saya rayu bantuan orang ramai untuk mencari anak saya. Sepanjang ramadan ini sudah dua kali saya mimpikan dia,'' katanya di sini, hari ini.
Siti Aesah merupakan suri rumah manakala suaminya Rodzi Ismail, seorang buruh kasar dengan pendapatan tidak menentu.
Mereka sekeluarga sudah membuat laporan polis kehilangan anaknya dan disusuli dengan pelbagai usaha lain bagi mencari anaknya.
Namun disebabkan kekangan kewangan, usaha mencari anaknya terbatas dan berharap gambar anaknya yang ditularkan dapat mengembalikan Nur Fatihah kepangkuannya.
Siti Aesah boleh dihubungi melalui talian 019-243 0840.
Topic Berkaitan
#Anak hilang
#Kota Bharu
#lari rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan