awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal tawar khidmat seks kepada anggota polis dipenjara 6 bulan

Bernama
Bernama
15/08/2015
00:46 MYT
Ibu tunggal tawar khidmat seks kepada anggota polis dipenjara 6 bulan
Tertuduh bagaimanapun memohon hukuman ringan atas alasan dia menghidap penyakit asma selain perlu menanggung seorang anak berusia 7 tahun. - Gambar hiasan
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan Suhaili Abu Kasim, 35, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap tiga hari lepas.
Suhaili, seorang peniaga kecil, didakwa menawarkan khidmat seks kepada anggota polis itu di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Dang Wangi di sini kira-kira 1.50 tengah hari pada 11 Ogos.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, Suhaili memohon hukuman ringan atas alasan dia menghidap penyakit asma selain perlu menanggung seorang anak berusia tujuh tahun yang dijaga jirannya dan menjaga ibu bapanya yang uzur.
"Saya minta maaf, saya buat kerja ini kerana saya orang susah dan kesempitan hidup. Janganlah penjara saya. Saya lebih rela membayar denda daripada dihukum penjara," kata Suhaili sambil menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.
Ashraf Rezal berkata mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh merupakan ancaman kepada masyarakat.
Beliau memberitahu Suhaili bahawa alasan kesusahan hidup tidak boleh dijadikan faktor untuk tertuduh berbuat demikian.
"Jangan ulangi lagi kesalahan ini. Saya doakan agar anak kamu dijaga dengan baik oleh jiran," kata majistret itu.
Di mahkamah sama, seorang pemotong rumput dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memiliki motosikal curi, lapan bulan lepas.
Ashraf Rezal menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Ramani, 37, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Jun lepas.
Dia dituduh memiliki motosikal curi milik Muhammad Saidi Abu Hassan, 28, di kawasan Jalan Lengkok Abdullah, Brickfields di sini pada 2.30 petang 24 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.
Topic Berkaitan
#ibu tunggal
#seks
#Suhaili Abu Kasim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan