awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan minyak global dijangka menurun pada 2026 - IEA
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas, rakan masih hilang
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICAO perkenal peraturan baharu bank kuasa tingkat keselamatan penerbangan

Bernama
Bernama
28/03/2026
16:07 MYT
ICAO perkenal peraturan baharu bank kuasa tingkat keselamatan penerbangan
Peraturan itu turut melarang sebarang aktiviti mengecas semula peranti berkenaan semasa dalam penerbangan. - Gambar hiasan
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang beribu pejabat di Montreal, Kanada, mengumumkan peraturan baharu pada Jumaat yang mengehadkan setiap penumpang pesawat kepada maksimum dua unit peranti pengecas mudah alih atau bank kuasa.
Peraturan itu turut melarang sebarang aktiviti mengecas semula peranti berkenaan semasa dalam penerbangan, lapor Xinhua.
Menurut spesifikasi baharu bagi bank kuasa berkuasa bateri litium yang berkuat kuasa serta-merta itu, kru kabin bagaimanapun masih dibenarkan membawa dan menggunakan peranti terbabit selaras dengan keperluan operasi pesawat.
ICAO dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa Panel Barangan Berbahaya telah memberikan khidmat nasihat pakar kepada badan penetap piawaian organisasi itu.
Susulan penilaian itu, pakar teknikal bebas daripada Suruhanjaya Navigasi Udara ICAO telah menyokong syor untuk meminda Arahan Teknikal bagi Pengangkutan Selamat Barangan Berbahaya Melalui Udara.
Syor berkenaan telah diluluskan oleh 36 negara anggota Majlis ICAO. Organisasi itu menyatakan bahawa satu adendum kepada arahan teknikal berkenaan akan diedarkan kepada semua 193 negara anggota ICAO.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#ICAO
#peraturan baharu
#penerbangan
#bank kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan