awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - Polis

Bernama
Bernama
19/12/2025
15:55 MYT
Identiti mayat wanita dalam beg belum dapat dipastikan - Polis
Mayat wanita ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, semalam. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Identiti sebenar mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau semalam masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata keadaan itu berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.
"Kita telah mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang dipercayai milik keluarga mangsa dan proses mendapatkan keputusannya akan mengambil masa.
"Bedah siasat telah dijalankan hari ini di Hospital Rembau, namum punca kematian diklasifikan sebagai 'undetermined' berikutan keadaan jasad yang telah mereput," katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Beliau berkata tangkapan terbaharu bagi membantu siasatan kes berkenaan melibatkan suspek utama berusia 51 tahun yang ditahan di Genting Sempah, Pahang pada 3.09 petang tadi selepas tangkapan suspek pertama di Melaka, semalam, menjadikan dua individu ditahan setakat ini.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat wanita dalam beg
#identiti mayat
#Polis Negeri Sembilan
#belum dikenal pasti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan