awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Identiti rangka manusia ditemukan di Teluk Intan masih belum dikenal pasti

Bernama
Bernama
30/07/2025
11:57 MYT
Identiti rangka manusia ditemukan di Teluk Intan masih belum dikenal pasti
Polis menemukan satu rangka manusia selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 78 tahun yang memaklumkan terdapat bau busuk di sebuah lokasi. - IPD Hilir Perak
IPOH: Identiti rangka manusia yang ditemukan dalam sebuah rumah kayu lama dua tingkat di Jalan Sungai Nibong, Teluk Intan pada 19 Julai lepas, setakat ini masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Bakri Zainal Abidin berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan bagi menentukan identiti mangsa.
"Minggu ini pasukan forensik telah mengambil sampel daripada adik-beradik untuk dibuat perbandingan dengan mangsa.
"Polis dengan pasukan forensik juga telah pergi ke lokasi untuk mencari bahan bukti yang berkaitan. Mangsa juga mempunyai rekod pernah membuat rawatan gigi pada April lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Bakri dilaporkan berkata polis menemukan satu rangka manusia selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 78 tahun yang memaklumkan terdapat bau busuk di lokasi berkenaan.
Beliau berkata hasil siasatan awal yang dijalankan di lokasi kejadian dengan bantuan pihak bomba, menemukan rangka dan tengkorak bersama seekor anjing dan barang-barang peribadi milik mangsa di tingkat atas rumah itu.
Difahamkan, rangka itu dipercayai anak bongsu kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Wah Keng Jooi yang berkhidmat pada 1959-1964.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rangka manusia
#Teluk Intan
#forensik
#polis
#ujian DNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan