awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IKEA rayu pelanggan jangan tidur dalam kedai

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2015
09:54 MYT
IKEA rayu pelanggan jangan tidur dalam kedai
Pengurusan IKEA China telah meletakkan syarat yang melarang pelanggan untuk tidur di kerusi atau katil yang dipamerkan.
Kebanyakan pasaraya IKEA di mana sahaja di seluruh dunia sememangnya punya keluasan yang besar. Jadi bukanlah perkara pelik jika ada pelanggan yang perlu duduk seketika sebelum meneruskan pencarian perabot atau perhiasan yang dihajati.
Tetapi lain pula kisahnya dengan pelanggan IKEA di China. Mereka bukan setakat duduk seketika, tetapi menjadikan kerusi dan katil di pasaraya berkenaan sebagai tempat untuk tidur.
IKEA China pada asalnya tidak meletakkan sebarang polisi berkenaan isu ini, malah tidak kisah kerana beranggapan ia boleh membantu mempromosikan barang yang dijual.
Namun kini, pengurusan IKEA China telah meletakkan syarat yang melarang pelanggan untuk tidur di kerusi atau katil yang dipamerkan.
Ini kerana tindakan itu dianggap mengganggu pemandangan dan membuat keadaan pasaraya itu nampak tidak kemas.
Justeru IKEA China telah mengemukakan permintaan agar pelanggannya tidak lagi bertindak sedemikian.
Topic Berkaitan
#China
#Ikea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan