awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IKRAM sokong DBKL beku pengeluaran lesen baharu minuman keras

Bernama
Bernama
28/07/2020
20:10 MYT
IKRAM sokong DBKL beku pengeluaran lesen baharu minuman keras
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL memaklumkan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti jualan minuman keras tanpa lesen. -Gambar hiasan
Pertubuhan Ikram Malaysia Kuala Lumpur (IKRAM Kuala Lumpur) menyokong tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan keputusannya membekukan permohonan baharu lesen minuman keras.
Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur Zainal Adnan Abd Halim berkata keputusan itu dilihat bertepatan dengan kaedah fiqh Islam iaitu 'la darar wala dirar' yang menekankan keperluan untuk menghilang dan menghapuskan semua kemudaratan selain dapat membendung kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk.
"Daripada aspek kesihatan juga, kajian saintifik menunjukkan arak boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik kepada manusia manakala dari aspek sosial, ia menjadi pencetus kepada masalah emosi dan kekeluargaan," menurutnya dalam kenyataan media pada Selasa.
Sebelum ini, Bernama melaporkan bahawa DBKL telah membekukan semua permohonan baharu lesen minuman keras di sekitar ibu kota susulan berlakunya beberapa nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga mengakibatkan kematian.
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL memaklumkan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti jualan minuman keras tanpa lesen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#IKRAM Kuala Lumpur
#la darar wala dirar
#minuman keras
#Pertubuhan Ikram Malaysia Kuala Lumpur
#Zainal Adnan Abd Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan