awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup

Bernama
Bernama
01/11/2024
12:30 MYT
Ikrar udang sejuk beku tapi bawa rokok, arak seludup
Norizan semasa sidang media di Stor Bahagian Penguatkuasaan Kuching JKDM hari ini. - Gambar FB Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak
KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras yang diikrar sebagai produk udang sejuk beku setelah melakukan pintasan di Jalan Kuching-Samarahan Ekpressway pada 22 Okt.
Pengarahnya Norizan Yahya berkata pihaknya menyita lori 10 tan dengan muatan 3.4 juta batang rokok pelbagai jenama disyaki dari negara jiran dan minuman keras sejumlah 2,376 liter disyaki tidak berkastam dengan anggaran duti dan cukai bernilai RM3.15 juta.
"Pada 22 Okt lepas lebih kurang 2 petang, semasa menjalankan rondaan pesisir air di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak sepasukan anggota dari Unit Marin Kuching telah mengesan sebuah lori (bonded truck) yang mencurigakan disyaki membawa barang tidak berkastam.
"Pasukan telah bertindak mengekori lori kargo itu dan berjaya membuat pintasan di Jalan Kuching - Samarahan Ekpressway," katanya dalam sidang media di Stor Bahagian Penguatkuasaan Kuching JKDM di sini hari ini.
Seorang warga tempatan berusia 40-an yang juga pemandu lori berkenaan turut ditahan bagi siasatan lanjut.
Norizan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minuman keras
#sejuk beku
#Akta Kastam 1967
#siasatan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan