awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imaginasi semula kamera: Samsung Galaxy S9 dilancarkan 25 Februari ini

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
25/01/2018
08:41 MYT
Imaginasi semula kamera: Samsung Galaxy S9 dilancarkan 25 Februari ini
Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan di Kongres Mudah Alih Dunia (MWC) pada 25 Februari ini.
MODEL terbaharu telefon bimbit keluaran gergasi teknologi Korea Samsung Galaxy S9 disasarkan kepada pengguna yang mahukan ciri-ciri kamera yang hebat.
Ia berdasarkan pengumuman tarikh pelancaran Galaxy S9 kepada media yang mengesahkan bahawa pembaharuan utama pada S9 adalah kameranya.
Dalam satu jemputan kepada media itu, model terbaharu Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan 25 Februari ini di Kongres Mudah Alih Dunia (WMC) di Barcelona, Sepanyol.
Walaupun tidak mendedahkan perincian mengenai kamera terbaharu itu, jemputan ke pelancaran itu bertajuk “The Camera. Reimagined.”
Khabar angin sebelum ini menyatakan S9 akan datang dengan dua kamera di bahagian belakang telefon pintar tersebut, seperti yang terdapat pada iPhone X dan produk pesaing Android yang lain.
S9 dijangka menggunakan cip generasi terbaharu Qualcomm Snapdragon 845 yang bakal memperkuatkan kamera baharu tersebut, selain meningkatkan ciri-ciri teknologi keselamatan pada telefon pintar itu.

Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung di laman web Samsung.
Topic Berkaitan
#Android
#Galaxy S9
#iphone x
#qualcomm
#Reimagined
#Samsung
#snapdragon
#WMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan