awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam masjid Janda Baik hilang, dijumpai selamat di Sabak Bernam - Polis

Bernama
Bernama
13/10/2025
21:45 MYT
Imam masjid Janda Baik hilang, dijumpai selamat di Sabak Bernam - Polis
Zaiham berkata imam berkenaan sudah pulang ke rumah di Janda Baik dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Seorang imam Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah resort di Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Ahmad Zalmi Abdul Ghafar, 57, pada pukul 1.14 pagi Isnin.
Beliau berkata keluarga mangsa berjaya mengesan keberadaannya di resort berkenaan sekitar pukul 12 tengah hari, namun mendapati lelaki itu sudah mendaftar keluar.
"Pada pukul 9.40 malam tadi, anak mangsa menghubungi Balai Polis Bukit Tinggi dan memaklumkan bahawa ayahnya sudah pulang ke rumah di Janda Baik dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Sementara itu, anaknya Muhammad Syafique Aimie Ahmad Zalmi, 37, ketika dihubungi Bernama berkata tujuan ayahnya pergi ke Sabak Bernam adalah untuk mencari pekerjaan.
"Ayah tidak memaklumkan kepada keluarga mengenai hasratnya untuk mencari kerja. Dia ke resort itu tanpa wang dan hanya membawa barang keperluan kerana mendakwa ada tawaran kerja kosong di kawasan berkenaan,"katanya.
Syafiq berkata mereka sekeluarga gagal menghubungi ayahnya kerana telefon bimbit lelaki itu rosak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imam Masjid Sultan Abu Bakar
#Zaiham Mohd Kahar
#Ahmad Zalmi Abdul Ghafar
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan