awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam, siak, guru KAFA dan takmir terima sumbangan khas Isnin ini - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
15/04/2023
06:13 MYT
Imam, siak, guru KAFA dan takmir terima sumbangan khas Isnin ini - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir akan dibuat mulai Isnin ini (17 April), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Menerusi kenyataan media hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini.
Katanya, bantuan khas berkenaan adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini dapat memberi keceriaan kepada golongan ini dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika mengumumkan berita gembira itu dilaporkan berkata kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada 70,000 imam, siak, guru KAFA serta takmir yang membabitkan peruntukan lebih RM40 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#imam siak guru KAFA
#JAKIM
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan