awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku keempat 2023

Bernama
Bernama
07/02/2024
23:40 MYT
Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku keempat 2023
Jabatan Perangkaan Malaysia berkata kebanyakan subsektor merekodkan peningkatan harga pada suku tahun ini.
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia mencatatkan 115.5 mata pada suku keempat 2023, peningkatan 1.0 peratus berbanding 1.4 peratus pada suku ketiga 2023.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata kebanyakan subsektor merekodkan peningkatan harga pada suku tahun ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat sebanyak 5.5 peratus (suku ketiga 2023: 0.8 peratus), manakala penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman merekodkan kenaikan 3.4 peratus (suku ketiga 2023: 4.6 peratus).
"Peningkatan itu disebabkan oleh kenaikan dalam aktiviti perkhidmatan minuman (4.0 peratus) dan restoran serta aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (3.8 peratus)," katanya.
Pada masa yang sama, Mohd Uzir berkata subsektor lain yang mencatatkan kenaikan adalah pendidikan (1.0 peratus), aktiviti hartanah (0.6 peratus), kesihatan (0.3 peratus) dan profesional (0.2 peratus).
Indeks bagi pengangkutan bagaimanapun mencatatkan penurunan negatif 0.5 peratus disebabkan oleh pengangkutan udara penumpang (-2.7 peratus).
Sementara itu, indeks maklumat dan komunikasi kekal tidak berubah, katanya.
Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun menunjukkan IHPRP meningkat perlahan 0.1 peratus berbanding 0.4 peratus yang direkodkan pada suku tahun sebelumnya.
"IHPRP meningkat 2.1 peratus pada 2023, sama seperti tahun sebelum ini. Selain maklumat dan komunikasi yang kekal tidak berubah, subsektor lain mencatatkan peningkatan pada 2023," kata Mohd Uzir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan
#IHPRP
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan