awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India hapus sekatan harga minimum eksport beras basmati, bawang

Bernama
Bernama
14/09/2024
03:10 MYT
India hapus sekatan harga minimum eksport beras basmati, bawang
Keputusan itu disifatkan oleh kerajaan sebagai memberi manfaat kepada golongan petani di negara berkenaan. - Gambar hiasan
NEW DELHI: India menghapuskan sekatan harga minimum untuk eksport beras basmati dan bawang, keputusan yang disifatkan oleh kerajaan sebagai memberi manfaat kepada golongan petani di negara itu.
Kementerian Perdagangan India pada Jumaat berkata harga eksport minimum (MEP) AS$950 (AS$1 = RM4.30) setiap tan bagi beras basmati telah dihapuskan.
Selain itu, kerajaan juga telah menarik balik syarat-syarat MEP bagi eksport bawang dan mengurangkan duti eksport daripada 40 peratus kepada 20 peratus.
Eksport sektor pertanian dan pendapatan petani akan mendapat rangsangan daripada keputusan ini, kata Menteri Perdagangan Piyush Goyal di platform media sosial X beliau.
India telah cuba menstabilkan bekalan dan harga bawang domestik sejak beberapa bulan lepas.
Kerajaan mengenakan larangan eksport bawang pada Disember tahun lalu dan kemudian melanjutkannya sehingga Mac lepas.
Larangan itu ditarik balik pada Mei tetapi kerajaan menetapkan MEP pada US$550 setiap tan dan mengenakan duti eksport sebanyak 40 peratus.
Kawalan harga makanan merupakan isu sensitif di negara yang memiliki penduduk paling ramai di dunia itu.
Kerajaan melarang eksport beras putih bukan basmati pada Julai 2023 untuk memastikan bekalan tempatan yang mencukupi.
Eksport beras India pada tahun kewangan 2022-23 (April-March) berjumlah 22.3 juta tan dengan eksport beras bukan basmati bernilai AS$6.3 bilion dan jualan beras basmati mencecah AS$4.7 bilion.
Lima pembeli utama dari Timur Tengah, Aarab Saudi, Iran, Iraq, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman menyumbang 63 peratus daripada 4.55 juta tan eksport beras basmati India semasa tempoh 12 bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minimum
#eksport
#beras basmati
#bawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan