awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India larang eksport bawang, kerajaan akan dapatkan dari China dan Pakistan

Bernama
Bernama
16/12/2023
06:17 MYT
India larang eksport bawang, kerajaan akan dapatkan dari China dan Pakistan
Mohamad Sabu berkata langkah mengimport bawang dari China dan Pakistan tidak akan menyebabkan perubahan ketara kepada harga runcit bawang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mendapatkan bekalan bawang dari China dan Pakistan susulan keputusan India melarang eksport sayuran itu hingga Mac tahun depan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah itu tidak akan menyebabkan perubahan ketara kepada harga runcit bawang.
"Kita telah bersedia ke arah itu. Harganya (harga runcit bawang) nanti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bincang, tetapi kesannya tidak banyak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemuda Parti Amanah Negara di sini hari ini.
Pada 8 Dis lepas, India yang menyumbang sebanyak 36 peratus kepada import bawang ke Malaysia telah melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna di negara itu.
Menurut Direktorat Perdagangan Luar Negeri India, ia susulan eksport bawang dipindahkan daripada kategori bebas kepada larangan hingga 31 Mac 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#India
#larangan eksport bawang
#import dari China Pakistan
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan