awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
Rasuah e-waste: Kertas siasatan diserah kepada AGC Jumaat ini - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu tular buang sampah tepi jalan sudah dipanggil - SWCorp

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2023
01:30 MYT
Individu tular buang sampah tepi jalan sudah dipanggil - SWCorp
Gambar kiri: Tangkap layar video tular di media sosial. Gambar kanan: Tangkap layar kenyataan dimuat naik di Facebook SWCorp Johor.
ISKANDAR PUTERI: Video empat individu membuang sampah di tepi jalan di Taman Nusantara Prima di sini, tular di Tik Tok sejak petang Ahad mengundang pelbagai kecaman warganet.
Video berdurasi 17 saat itu turut dikongsi di beberapa portal dan menarik perhatian ramai termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
SWCorp Johor dalam kenyataannya memberitahu siasatan telah dijalankan bagi mengesan pelaku berdasarkan aduan salah laku pembuangan sisa pepejal terkawal di lokasi yang ditularkan di akaun Tik Tok pada 11 Januari lalu.
"Pelaku dikesan melalui nombor pendaftaran kenderaan dan Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan.
"Pelaku hadir ke Pejabat SWCorp Cawangan Iskandar Puteri untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.
Menurut SWCorp Johor, kes disiasat mengikut Seksyen 71 (1) Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
"Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SWCorp
#Taman Nusantara Prima
#onn hafiz ghazi
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan