awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian dedah cara nyamuk kesan manusia guna bau dan penglihatan
TSMC catat pertumbuhan kukuh susulan lonjakan cip AI
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal

Naz Raseed
Naz Raseed
23/02/2026
10:21 MYT
Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal
Dari segi perbelanjaan, Purbaya berkata perbelanjaan negara berada pada 227.3 trilion rupiah atau 5.9 peratus daripada had siling APBN, berkembang kukuh sebanyak 25.7 peratus tahun ke tahun. - Gambar Facebook Purbaya
Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) Indonesia mencatatkan defisit sebanyak 54.6 trilion rupiah atau 0.21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 31 Januari, kerajaan menyifatkan kedudukan fiskal sebagai terkawal dan kekal dalam landasan ditetapkan bagi APBN 2026.
Menteri Kewangan Purbaya Yudhi Sadewa berkata baki utama berjumlah 4.2 trilion rupiah juga mencerminkan pengurusan fiskal yang berhemat oleh kerajaan.
Beliau berkata pencapaian APBN bagi tempoh tersebut mempamerkan prestasi yang kukuh dengan hasil kerajaan mencecah 172.7 trilion rupiah atau 5.5 peratus daripada sasaran APBN, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 9.5 peratus.
"Prestasi ini disokong oleh hasil cukai yang kekal utuh serta pendapatan negara bukan cukai, ia mula menunjukkan pemulihan di luar komponen tidak berulang tahun lepas," katanya pada sidang media disiarkan menerusi akaun YouTube Kementerian Kewangan pada Isnin.
Dari segi perbelanjaan, Purbaya berkata perbelanjaan negara berada pada 227.3 trilion rupiah atau 5.9 peratus daripada had siling APBN, berkembang kukuh sebanyak 25.7 peratus tahun ke tahun.
"Ini menunjukkan pecutan perbelanjaan kerajaan sejak awal tahun, terutamanya untuk menyokong program keutamaan, mengekalkan kuasa beli dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi pada suku pertama," katanya.
Pembiayaan berada pada 105.1 trilion rupiah atau 15.2 peratus daripada sasaran, dilaksanakan secara terukur dan proaktif untuk mengekalkan kecairan dan kestabilan pasaran kewangan.
Secara keseluruhan, beliau berkata APBN 2026 terus berfungsi secara optimum sebagai penyerap kejutan serta enjin pertumbuhan ekonomi.
"Dengan pendapatan yang meningkat secara positif, perbelanjaan dipercepatkan dan defisit yang kekal terkawal, kami optimis APBN akan terus mengekalkan kestabilan, pada masa sama menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara sepanjang 2026," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fiskal
#ekonomi
#pasaran kewangan
#hasil kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan